Wednesday, October 17, 2007

Zahid feat Shazzy - Perlukah Ku



Zahid feat Shazzy - Perlukah Ku

Wo…wo…baby…
Wo…wo…baby yeah…

CHORUS
Perlukah ku,
Memaafkan dirimu,
Haruskah ku mendengar jelasanmu,
Tak mungkin ku lupa,
Telah kau mungkiri janjimu…

Perlukah ku,
Beri peluang untukmu,
Untuk bukti kan kasihmu padaku,
Tak mungkin ku lupa,
Telah kau mungkiri janjimu…

VERSE 1
Tak pernahku sangka,
Kita kan begini,
Setelah sekian lama semuanya tiada lagi,
Dikau dan aku tak dapat kekal selamanya,
Nampaknya takdir telah tamatkan cinta kita.
Bagaimana harus hati ini terasa,
Bila suatu janji dimungkiri begitu saja,
Masa depan sudah pun tiba tanda noktah,
Tiada lagi kita hidup kini beralih arah,
Bila ku kenangkan, kisah kita dulu,
Ke mana saja berdua hanya kau dan aku,
Telah dibincangkan, hidup kita berdua,
Masih tak percaya hidup tanpa belaiannya,
Kini ku disini, hati makin sepi,
Mengimpikan sekiranya kau masih di sisi.
Kini ku disini, hati makin sepi,
Mengimpikan sekiranya kau masih di sini.

VERSE 2
Masih ku dengar kata putusmu oh gadisku,
Dikau berdusta bila kau lafazkan cintamu,
Ku tak perlukanmu, hati tak merindu,
Walau ku kecewa hatiku pasti sembuh,
Ini hakikatnya, kini aku sedar,
Takkan ku biarkan diriku kesepian,
Dah banyak kali hatiku telah dilukai,
namun ini tidak ku sangka darimu kasih,
dulu ku ingat kita berdua ‘tuk selamanya,
kini ku tahu hatiku dipermainkan saja,
kini ku disini, hati makin sepi,
mengimpikan sekiranya kau masih disisi,
kini ku disini, hati makin sepi,
mengimpikan sekiranya kau masih disini.

VERSE 3
Kini ku sedar, erti sebenarnya cinta,
Setelah kau tiada,
Hidup makin tiada makna,
Kuharapakan dikau, kini bahagia,
Tanpa ku disisi hati tiada lagi cinta.

Perlukah…
Aku memaafkan mu…
Tak mungkin ku lupakan…
Cintamu……

No comments: